SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, July 06, 2014

Beras Keluaran Koperasi Majlis Belia FELDA Malaysia.

Kafelda ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baru Majlis Belia Felda Malaysia diatas usaha mengeluarkan produk mereka sendiri.
Produk ini akan berada dipasaran tidak lama lagi. Kafelda berharap selepas ini ada lagi produk-produk lain yang bakal diusahakan oleh mereka.
Tahniah!!!

Friday, January 17, 2014

Apa yang berlaku antara Kolej KFCH dan pengurusan Felda?

Menurut sumber pelajar tajaan Felda yang belajar di Kolej KFC Puchong menghadapi beberapa masalah dengan pengurusan kolej apabila elaun makan pelajar tidak dibayar dan tertunggak sehingga 5 bulan. Apabila diajukan pertanyaan kepada pengurusan kolej jawapan yang diberi ialah "Felda belum bayar". Apabila dirujuk kepada pihak Felda jawapannya ialah "Kami dah bayar pada kolej".

Sikap tendang menendang ini memangsakan pelajar. Menurut sumber juga setiap pelajar dibawah tajaan Felda yang mendaftar di kolej ini akan diberi seorang satu komputer riba. Sehingga sekarang pelajar masih menantikan komputer riba tersebut. Apabila soalan yang sama diajukan kepada pihak kolej jawapan yang diberikan sama seperti diatas.

Kebimbangan ini meresahkan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di kolej tersebut. Mereka mahukan jawapan mengapa "tendang menendang ini berlaku"?.

Ada juga ibubapa yang mengajukan pemasalhan ini kepada pihak pengurusan Felda namun sehingga ke hari ini masih tiada jawapan dari pihak pengurusan Felda.

Dikuatiri pembelajaran anak-anak itu sedikit sebanyak akan terganggu. Diharap pihak kolej dan pihak pengurusan Felda dapat menyelesaikan secepat mungkin pemasalahan ini kerana sesi pembelajaran telah pun bermula. Perkara seperti ini seharusnya dipandang serius oleh kedua-dua pihak.

APA SUDAH JADI SAMA FELDA?

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia Felda  bercadang untuk menutup Kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini  yang memberi tamparan hebat dan menjejaskan peluang lebih kurang 1,000 anak-anak peneroka untuk mendaftarkan diri  di institusi pengajian tinggi.

Difahamkan bahawa Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya adalah RM16 juta.

Sumber berkata, rentetan pemotongan bajet itu, kolej yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila pihak pengurusan membuat keputusan kelak.

Menurut sumber itu, keputusan muktamad terhadap bajet bagi kolej berkenaan akan ditentukan pada mesyuarat lembaga Felda minggu hadapan tetapi menambah bahawa kemungkinan besar Faizoull akan melaksanakan keputusannya untuk menutup kolej.

Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah sebuah agensi kerajaan yang mempunyai 113,000 peneroka yang bekerja di ladang getah dan kelapa sawit di negara ini. Syarikat komersil Felda Holdings Bhd berjaya melancarkan IPO kedua terbesar di dunia pada tahun 2012 bagi unit Felda Global Ventures Bhd.

Felda Global Ventures kini merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia berdasarkan keluasan tanaman. Di Malaysia sahaja, ia mengawal lebih 850,000 hektar tanah , termasuk kira-kira 500,000 hektar yang  dipajak dan diurus oleh peneroka Felda.

Kolej-kolej Felda adalah sesuatu yang diperlukan oleh peneroka kerana ia merupakan peluang untuk mendapatkan kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan yang hampir dijamin oleh syarikat perladangan gergasi kerana biasanya akan menyerap graduan daripada kolej berkenaan menjadi kakitangan tetap.

Pada masa ini, pelajar hanya perlu membayar RM250 sahaja, sementara bayaran asrama, makanan dan yuran sekolah diberi subsidi oleh Felda.

Kolej-kolej Felda ini menyediakan latihan vokasional dalam bidang yang berbeza sehingga tempoh enam bulan sebelum mengambil kebanyakan graduannya menjadi  bekerja di bawah anak syarikatnya.

Bulan lalu, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad mengumumkan bahawa ia akan memperuntukkan RM17 juta kepada Yayasan Felda, badan yang menguruskan kolej bagi skim latihan dan program untuk anak-anak peneroka.

Sumber berkata, keputusan Faizoull untuk mengurangkan pembiayaan berpunca daripada sebab-sebab peribadi dan bahawa beliau pernah mencabar persetujuan lembaga Felda.

Tanpa gentar membuat keputusan mengurangkan dana daripada pelbagai projek insiatif Felda, Faizoull telah menamatkan beberapa program sejak beliau mengambil alih pada tahun 2012.

Sebagai salah satu daripada kisah kejayaan pertanian negara, Felda komited membantu peneroka meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan dan latihan.

Perbadanan ini adalah legasi perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dibangunkan sebagai sebuah agensi kerajaan pada tahun 1956 , tujuannya adalah untuk membantu peneroka miskin luar bandar ke kawasan tanaman baru yang semakin meningkat.

Selama bertahun-tahun, Felda berkembang menjadi konglomerat dalam bidang pertanian, hospitaliti, pengangkutan, pengilangan dan lain-lain .

Sebagai balasan, para peneroka memberi ketaatan kepada Barisan Nasional (BN) yang menerima pelbagai manfaat yang ditawarkan Felda dalam bentuk  dividen, pendidikan dan bantuan perubatan, bantuan perumahan dan lain-lain bantuan.

Bagaimanapun, kurang enam bulan lalu, 113,000 peneroka Felda dinasihatkan dan kemudian bersetuju untuk menjual kepentingan mereka dalam Felda Holdings, pembekal minyak sawit mentah terbesar di dunia kepada Felda Global Ventures – satu langkah merugikan peneroka sebagaimana dikatakan oleh para pengkritik.

Dengan penutupan kolej, Faizoull dikatakan menjejaskan usaha Isa dalam memperkukuhkan kredibiliti institusi.

Sumber mengkredit Isa yang membina reputasi kolej Felda dengan mengadakan perjanjian bersama City & Guilds London pada tahun 2012 untuk menyediakan kursus-kursus pembelajaran Bahasa Inggeris.

Pada bulan November 2013, pengerusi mempertahankan kemasukan Felda ke dalam perniagaan hospitaliti dengan menggunakan program kolej masakan sebagai contoh.

"Felda memiliki lapan hotel di Malaysia. Selain itu, Felda juga mempunyai kolej untuk generasi kedua peneroka Felda  untuk melatih mereka berkenaan perniagaan katering," Isa telah memberitahu The Star.

Namun, dengan ketidaksediaan Faizoull membenarkan Felda menambah RM10 juta untuk meneruskan operasi kolej, sumber berkata bahawa pihak yang akan rugi adalah anak-anak peneroka. - 17 Januari, 2014.

Saturday, December 28, 2013

Amaran Keras Pihak Polis DiRaja Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Dis - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.
 
Beliau berkata, pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.
 
"Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia dipercayai akan terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
 
Beliau berkata hasil risikan mendapati beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan.
 
Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Tanah FELDA Hulu Selangor Dirampas Kerajaan Negeri Selangor?